23 August 2011

Mazni!!!! Ramadhan terakhir

Pasti ramai mengikuti drama Ramadhan Terakhir slot Samarinda Tv3. Siapa kah yang pegang watak Puan Mazni yang bermulut lazer dan tak puasa di bulan puasa tu?..heheh!! Watak yang jahat yang dibawa oleh Fazlina Ahmad Daud adik kepada Ogy Ahmad Daud ni memang menjadi. Kalau tak jadi tak akan ada yang meluat..hhuhu!! Memang hebat lakonan watak jahat dia tu. Boleh ke Puan Mazni ni insaf nanti ye, tunggu kesudahan drama arahan pertama pengarah muda Ungku Ismail (pelakon Syurgamu Ramadhan) ni.

Mazni memang jahat dalam drama ni, tapi Fazlina yang bawa watak Mazni seorang yang peramah dan suka melayan peminat di facebook dan twitternya. Memang berbeza sangat dengan watak Mazni kan. Fazlina pun sendiri ada menulis dalam blognya, jangan tiru perangai buruk Mazni ye..korang cuma ambl pengajaran je heheh..!! betul2!!


Fazlina tak seaktif kakaknya berlakon tapi bakat yang ada dalam diri Fazlina atau lebih dikenali Baby Faz ni memang terserlah, kerana darah seni diwarisi dari ibunya, seniwati Saadiah dan kakaknya Ogy. Memang kita jarang tengok drama lakonan Fazlina ni, cuma ada beberapa drama lakonan beliau di Tv9 seperti Cita Cinta bersama Sharifah Amani dan Pak Kaduk (rtm) yg terbaru ni.

Fazlina lebih sibuk menguruskan perniagaannya di alam maya , dia ada gedung fesyen maya berjenama BabyFaz. Fazlina lebih minat dalam bidang fesyen dan gedung mayanya dilancarkan pada tahun 2009.

Kenapa OGY tak suka lakonan FAZLINA dalam Ramadhan Terakhir

Kerjaya lakonan Fazlina bermula pada tahun 1993, ketika itu, kakaknya Ogy sedang mencari pelakon tambahan, kerana terdesak mencari pelakon, Ogy lalu mengambil Fazlina sebagai watak tambahan dalam drama MAt Gabrah. Sejak dari itu Fazlina banyak mendapat tawaran berlakon drama. Antara drama lakonannya dulu, Kelab Buku Bukit Cheri, Mencari Az Zahrah, Bukan yang pertama, Tetamu tetamu, Sayang Maria dan Kamelia. Selain tu Fazlina pernah terlibat dalam teater RAden Galoh dan Pelayaran Nur Atma.


Sedikit Biodata Fazlina Ahmad Daud

Umur: 36 tahun

Tarikh lahir: 5 Jun 1975

Adik beradik : anak ketiga dari 3 beradik

Pendidikan: Pernah bersekolah di Sekolah Rendah Pintu Klang, dan dari tahun 1988 hingga 1990, Sekolah Menengah Lembah Keramat dan sekolah Menengah Taman Melawati.

Perkahwinan: Berkahwin dengan Nahar Ludhfi Dato ‘Johari ( anak Dato Johari Salleh, pengarah muzik RTM.

Anak: Nur Fatihah 17 tahun, Muhammad Hamzah 16 , anak kembar Muhammad Nazmi, dan Muhammad Fahad, 13 tahun

credit to : Nurizspace

No comments:

Post a Comment