11 November 2011

BAHASA KITA

Apa itu bahasa? Adakah anda tahu erti kata “bahasa” secara amnya. Satu petikan dialog dari drama Seniman Bujang Lapok lakonan Allahyarham Tan Sri P Ramlee menjadi tarikan dan sebutan hingga kini iaitu, “bahasa menunjukkan bangsa”. Sesungguhnya sesuatu bahasa itu menunjukkan asal usul dan juga budaya seseorang dalam sesuatu masyarakat. Sekarang pelbagai persoalan dipersoalkan dalam aspek penggunaan bahasa ini. Perkara yang hendak ditekankan di sini adalah penggunaan bahasa Melayu. Adakah muda-mudi pada masa kini, kian melupuskan keindahan bahasa Melayu dalam keadaan mereka tidak sedar. Mengapa harus dipersoalkan kepada mereka hal penggunaan bahasa ini? Hal ini berikutan mereka adalah generasi pelapis yang boleh membawa dan juga mewariskan penggunaan bahasa ini ke peringkat generasi yang datang kelak. Maka, tidak akan terputusnya warisan keindahan penggunaan bahasa Melayu ini. Era zaman berteknologi ini sangat mendesak golongan remaja terutamanya, untuk menceburi atau meneroka pelbagai perkara baru yang kian pantas dihasilkan dan menjadi suatu kemestian dalam penggunaan teknologi ini kepada mereka.


Era ini yang sering diwar-warkan sebagai abad ke-21 menjadi suatu ta
nda tanya, adakah perlu terlupusnya bahasa Melayu dari mulut generasi terhebat ini dan penggunaan bahasa Melayu ini juga sering dikatakan sebagai sesuatu yang kolot. Bagaimana boleh terlupusnya bahasa ini dalam keadaan kita tidak sedar? Jawapannya sudah terjawab dalam setiap kegiatan sosial individu masyarakat dalam setiap sesi interaksi mahupun komunikasi di antara satu sama lain samada formal atau tidak formal mahupun verbal atau non-verbal. Sekarang pelbagai laman sosial yang dihasilkan dalam laman sesawang maya, contohnya laman muka buku atau lebih dikenali sebagai “Facebook”, selain itu“Friendster”, “Tagged” dan menjadi kegilaan para remaja dalam berinteraksi dengan para idola yang diminati mereka ialah “Twitter”. Banyak penyimpangan bahasa yang sering dilakukan oleh golongan remaja dalam aktiviti sosial mereka dan hal ini menjadi punca utama dalam mencemari keindahan bahasa Melayu ini.


Istilah “chatting” sering dikaitkan dengan aktiviti utama dalam laman sosial. Aktiviti ini merupakan satu medium interaksi tanpa penampilan fizikal individu yang terlibat. Aktiviti komunikasi minimumnnya terdiri daripada dua individu. Komunikasi merupakan suatu proses informasi antara individu ditukarkan melalui symbol, tanda atau tingkah laku yang umum. Komunikasi juga satu proses yang melibatkan pihak yang berkomunikasi, informasi yang dikomunikasikan dan juga alat komunikasi. Pada zaman ini, medium sebagai alat komunikasi yang sering digunakan adalah melalui telefon bimbit contohyna perkhidmatan pesanan ringkas atau lebih dikenali sebagai ‘sms’, selain itu perkhidmatan internet melalui sistem computer contohnya ‘email’, dan ‘messenger’.


Kita imbas kembali pada zaman 80-an dahulu, cara komunikasi fikiran amat berbeza iaitu sekeping surat dijadikan tanda ikatan persaudaraan dengan berisikan kata-kata indah yang berlagukan pantun, syair dan kata-kata bidalan yang cukup sempurna dalam aspek bertanya khabar. Seringnya kita lihat, setiap kata-kata terakhir dalam urusan surat menyurat tidak rasmi serangkap pantun menjadi sajian utama sebagai penutup bicara, contohnya “pecah kaca, pecah gelas, sudah baca harap balas”. Mengikut kisah sejarah tamadun hebat terdahulu, bahasa juga memainkan peranan utama dalam meningkatkan peradaban sesuatu masyarakat dalam tamadun tersebut.


Istilah ‘lingua franca’ sudah menjadi tugu sejarah di dalam setiap minda pedagang yang berdagang ke Selat Melaka, Tanah Melayu. Kita tidak sedar bahawa bahasa Melayu pada zaman dahulu sangat hebat sehingga menjadi bahasa perantaraan antara para pedagang yang datang dari pelbagai negara, bangsa dan agama. Adakah kita mampu mempertahankan keindahan dan keaslian bahasa Melayu pada generasi masa kini? Adakah perlu kita menerapkan semula penggunaan simpulan bahasa, pantun-pantun warisan, dan kata-kata kiasan dalam hubungan komunikasi di antara satu sama lain. Adakalanya, penggunaan bahasa kiasan ini dianggap sebagai ketinggalan zaman, kerana penggunaan bahasa asing menjadi kayu ukur kepada tahap ilmu dan pengalaman seseorang.


Konteks penggunaan bahasa Melayu pada masa kini yang sering kita terlepas pandang adalah penggunaan bahasa singkatan atau dikenali sebagai “short form”, sering digunakan melalui medium laman sosial alam maya. Tambahan kepada penggunaan bahasa singkatan maka wujudlah variasi bahasa dalam konteks bahasa Melayu itu sendiri. Variasi bahasa bermaksud perbezaan bentuk-bentuk bahasa, di mana kegunaannya untuk maksud yang sama berdasarkan situasi tertentu. Mengapa wujudnya variasa bahasa ini? Hal ini berikutan kerana perbezaan bahasa pengguna berdasarkan daerah atau faktor geografi.


Dalam laman sosial maya, kita mampu berhubung dengan pelbagai individu dari pelbagai daerah dalam satu masa. Kadang kala berlakunya pertembungan dialek di antara individu yang terlibat. Dialek ialah kelainan bahasa yang berbeza dari segi sebutan, kosa kata dan tatabahasa daripada bahasa baku yang digunakan secara tidak rasmi dalam perhubungan kekeluargaan dan perhubungan harian. Apakah maksud bahasa baku? Bahasa baku ialah kelainan bahasa yang diterima oleh anggota komuniti bahasa yang digunakan sebagai satu bahasa perhubungan oleh penutur pelbagai dialek. Selain itu, idiolek juga memainkan peranan iaitu perbezaan sebutan antara individu dengan individu yang lain, dan juga terbitan kata isoglos juga dinamakan sebagai garis sempadan linguistik di mana garis pemisah antara satu dialek dengan dialek yang lain dalam satu bahasa, contohnya dialek Kelantan dengan Terengganu. Terdapat pelbagai perbezaan antara bahasa baku dan bahasa dialek, antaranya bahasa dialek lebih bertujuan kepada urusan tidak rasmi, wujudnya penutur asli, tiada kepatuhan kepada peraturan bahasa dan tatabahasa, kegunaan sistem kependekan kata serta sistem sapaan yang berbeza. Manakala, penggunaan bahasa baku lebih kepada tujuan rasmi, tiada penutur asli, mematuhi peraturan tatabahasa, formal, tiada singkatan, bahasa tersusun dan fonemik. Fenomik merupakan sistem ejaan dan sebutan dalam bahasa Melayu iaitu “sebut sebagaimana yang dieja, eja sebagaimana yang disebut dan tiada huruf yang disenyapkan”.


Dalam konteks aktiviti sosial di laman maya, dialek sosial lebih digunakan oleh golongan remaja. Kategori dialek sosial terbahagi kepada dua jenis bahasa iaitu bahasa pasar dan bahasa slanga. Bahasa Pasar ialah bentuk bahasa campuran yang berkaitan dengan bahasa pijin, iaitu bahasa yang dipermudah untuk proses komunikasi, contohnya, “kita orang ada barang baik punya” manakala bahasa slanga pula merupakan bahasa pertuturan yang sering digunakan oleh golongan tertentu, terutamanya remaja. Ciri-ciri bahasa slanga terdiri daripada urusan tidak rasmi, tidak baku, tidak kekal, istilahnya mudah pupus dalam sesuatu masa, dan kosa kata ada makna tersendiri yang hanya difahami golongan tertentu. Antaranya awek, gun, poyo, tangkap lentok.


Apakah pula bahasa formal? Bahasa formal merupakan bahasa yang sering digunakan dalam situasi rasmi. Ciri-cirinya adalah teratur, lengkap, mematuhi pearturan sebutan, tatabahasa, imbuhan, jelas dan tepat, sama ada menerusi dari segi tulisan mahupun lisan, dan disampaikan dengan tepat. Manakala bahasa tidak formal ialah bahasa bebas yang tidak mementingkan peraturan bahasa selain mengadungi percampuran kod, contohnya, “sorrylah saying, I tak nampak you semalam”. Umumnya, bahasa mesra lebih digunakan dalam komunikasi remaja iaitu berbentuk lisan atas alasan digunakan bahasa mesra ini kerana ada hubungan rapat yang mesra antara satu sama lain. Penggunaan bahasa mesra ini terdiri daripada beberapa kategori iaitu penggunaan kata ganti nama, kata gelaran tidak lengkap, mempunyai unsur kependekan dan juga percampuran kod, dan juga mempunyai unsur imbuhan –lah. Selain bahasa yang dinyatakan di atas, bahasa halus juga sering digunakan tetapi tidak secara terbuka dalam komunikasi kerana bahasa halus ini merupakan bahasa yang digunakan secara beradat dan bersopan santun dan digunakan untuk melunak dan memaniskan percakapan. Bahasa halus ini digunakan dalam menghormati dan menjaga perasaan orang yang dilawan bercakap dan juga mewujudkan kemesraan dalam perhubungan. Bahasa kasar pula merupakan bahasa yang tidak sopan dan kurang beradab dalam pertuturan.


Oleh itu, dari segi aspek sosial remaja sangat memainkan peranan penting dalam penggunaan bahasa Melayu itu sendiri. Hal ini kerana penggunaan bahasa yang tidak betul melahirkan variasi bahasa yang kian cuba melupuskan keindahan dan keaslian bahasa Melayu. Di mana temasuknya istilah-istilah asing dan juga pelbagai penggunaan kependekan kod ayat yang semakin sinonim dengan pendekatan dan juga juga penggunaan para remaja. Maka, kita harus memupuk semula pewaris kita ini dengan memulakan semula adat mahupun cara tutur yang baik, di mana kita akan lebih dikenali sopan bertutur di tanah timur mengenepikan budaya kuning yang kian menjalar masuk ke dalam darah daging warisan kita.

08 November 2011


waktu bersama ayah terasa dilindungi,

waktu bersama ibu terasa disayangi,

waktu bersama saudara terasa hilang erti sunyi,

waktu bersama kekawan belajar erti perkongsian hati,

waktu bersama diri sendiri terasa kerdil untuk meniti hidup ini seorang diri,...

waktu bersama Illahi ku belajar semua erti perasaan tercetus dihati...

perasaan dilubuk hati menjadi Guru untuk ku lalui karangan hidup ini..

setiap pendahuluan ada kesimpulannya,

baik buruknya menjadi ujian Iman dihati,

cubaan kepada Tindakan,

dan dugaan kepada pemikiran..

itulah insan bernama Manusia..(ekinsanpai)

03 November 2011

Clerkship Week 1 (31/10-4/11/2011)

wahh... sudah lama lo ana tak jengok ana punya konti.. sudah berabuk dan berhaaaapak gamaknyer.. first of all, erm, nak start dari mana ek? hem... erm, ok. sekarang ana dah masuk final year dah.. (*ko ingat super senior sangat la, hohoho.. tidak2x..*).penggunaan kata nama diri terbaru ana sekarang adalah ANA... hehe.. bajet amik bahasa arab dah tere ar... (*level 100 jer pon*).. tarak pa.. orang tua-tua kata, kalau rajin buat latihan, cepat ingat... ANA yg membawa maksud "saya" sekarang jadi DIRI ana dalam konti ini. back to our main story la ek, tarikh keramat 31/10 ini merupakan tarikh keramat kepada ana, sebab minggu 1st clerkship dah kena ON CALL... wah, agak cuak la.


31/10/2011
semua Pharmacy Student kena orientasi kat HPP. pagi2 dah kena bangun awal, then kena berhimpun depan PRN (pusat racun negara) sebelum pukul 7 am...agak2x ar.. tapi apakan daya. untuk kebaikan bersama.. 6.45 am aku dgn roomate (yuyu) dah keluar dari bilik. kat HPP pulak slot orientasi mula pukul 9 am.

Slot 1 : Setor Intergrasi
Slot 2 : Pengurusan Farmasi
Slot 3 : TPN
Slot 4 : Drug Information Services
Slot 5 : Inpatient Pharmacy Services
Slot 6 : Oncology Pharmacy Services
Slot 7 : TDM

Semua ada 7 slot, hadoi sebaik ada makan2x waktu tghari tu, kalu x kompom abcgdfop dah.

Nak cerita pasal Drug Information Services, memang best giler.. untuk ukhti dan akhi seperjuangan, DIS memang best sangat2x... enjoy our time with them, grab all the information and their experience, if they are willing to share with u.. hehehe.. apa2 pon kita kena banyak BUKA MULUT la..

untuk DIS ni, session terbahagi kepada 2:
1) Drug Information Services
2) Poisoning Information

untuk sesi petang selepas Orientasi kat HPP, our group kena pegi kat PRN untuk menjalankan semua Modul yang ada dalam slot for DIS. masa ni preceptor for our group adalah Puan Adilah. antara modul yang ada adalah:

1) Modul A
Dalam modul ni our group kena tahu fungsi ahli farmasi terutamanya dalam SERVICES,
EDUCATION and RESEARCH.
2) Modul B
rupe2nyer, banyak sumber yang kita booleh cari untuk DIS nih.. dan banyak rujukan yang
kita perlu rujuk. kalu kes kita dapat racun serangga kena la rujuk racun serangga punya list. antara rujukan yang digunakan adalah:

1) MOH Formulary
2) Malaysian Prodcut List
3) IOWA Drug Information System/Online
4) PCM chart overdose
5) Micromedex
6) Registered Pesticides List in M'sia.
7) WHO Guidelines Snake Bites.
8) Relevant Books


padahal, ada byk ag modul yg ada tp yg ana rasa penting adalah modul A and B..



hari ke-2
masa hari SELASA (kat HPP), sepanjang hari dari pagi hingga ke petang kami kat sana, our group preceptor nama Cik Hasni, antara aktiviti dekat HPP:
1) Explaination tentang pengisian borang ADR based on Naranjo Scale. *penting rupenyer Naranjo Scale nih*.
2) Performa Function pulak cerita tentang macam mana addition/alteration
sesuatu ubat, bergantung kpd INDICATION, FORMULATION, and DOSAGE.



cerita pasal Naranjo Scale tu, ada satu soalan kena approve dgn JOURNAL kalau kita nak jawab, cara nak baca journal pon dia ajar, mcm mana nak tahu journal yg mana bias or unbias. selalunya, contoh journal yg bias akan ada satu ACKNOWLEDGEMENT yg mengatakan penerbitan journal ini di sponsor/support oleh mana2 company.


kat HPP waktu DIS, ada buat simulation on-call. part ni yang paling best. kita boleh tahu tahap berapa kelemahan kita, soft-skill dan juga pengetahuan kita.... jangan malu nak tanya ek.. kita dalam learning process..buat silap boleh dimaafkan lagi.. tp kalu kerap memang nak cap BODY_GLOVE gamaknya.
malam tu pulak kena on-call.. tgok2 lepas subuh MUMMY call..hehe..




hari ke-3
Untuk hari 3 pulak, our group kena pegi PRN, ... sini pon best jugak, ada simulation call untuk Poisoning pulak, macam2 ada , macam ana kena Snake Bite punya case... kenalah explore pasal2 ular nih.. wah, bangga jugak jadi pharmacist bhg PRN, semua benda kita boleh tahu.. bukan setakat seketul ubat yg berwarna-warni, dan pelbagai side effect.. dgn binatang juga kita mampu tahu tahap bisa dan juga jenis2 kumpulan ular,dan cara rawatannya..poisoning case selalunya guna evaluation SOAP form.
waktu pagi kat PRN, waktu petang pulak kami kena pegi SCOMM, dekat dgn HADANAH... wwah... kagum giler, tengok Prof.Rahmat punya projek.. beliau sangat hebat... pelbagai section disiplin yg terlibat dgn projek beliau... mainly, for education and information for our community.




hari ke-4
untuk hari 4, kena submit SOAP, prepare ADR report, ADR presentation slide.. and ada short test.. soalan dalam short test semua dah ada jawapan masa modul session, dalam entri ni dah ada.. hehe..