16 August 2011

laporan operasi "homeless"

Harapan saya pengalaman semalam bukan titik akhir saya melibatkan diri secara langsung atau tidak langsung dalam aktiviti sosial di Malaysi. Pelbagai telatah, kelibat, macam-macam ada sepanjang persiapan.. (ramadhan, syawal, siap syaaban pon ada..)
Operasi memasak bermula kira-kira jam 3 petang. Setelah selesai semua persediaan bahan-bahan untuk memasak, maka acara masak beramai-ramai dimulakan pada pertengahan petang tersebut.

Bahan2 masakkan :
--Daging
--Kobis
--Ubi
--Bawang..(semua jenis bawang).
--Beras
--dll

Sepanjang hari di Serambi Dakwah saya dapat menambah kenalan dan ukhwah ikatan melalui aktiviti ini. (bukan senang nak bawa diri seorang2 diri..)

Kenalan baru:
--Abang Amir..(ikut nama panggilan yg sering didengar..)
--Abang Jelani… (macam pernah aku lihat tapi di mana ya..?)
--Ciffi Pejal..(ni ex-classmate masa sek menengah, dia yg inform pasal aktiviti ni kat fb, jadi hati berminat nak join..inform la kat dia..and then kenal lagi semua orang..yer kami adik beradik tapi berlainan bapa and mak..hehe..x faham ag?..hihi)
yang penting kaum muslimat,
--Azila
--Nazurah
--Munirah
--Kak Asti
--Family abang Amir
-- Hassuna..(orang kuat pada hari itu, kalu x dak dier kompom makan nasi dengan sayur goreng jer la..)

Siap memasak dalam pkul 6.30 ptg, huihhh bau kari daging kak Hassuna menusuk ke hidung.. aduh, laparnya rasa..sayur semua dah siap goreng-menggoreng.. semua bersemangat masak hari nie.. (rasa macam chef pon ada..)
tiba la masanya untuk iftar..+maghrib
selepas maghrib, start packing makanan
then, isyak+terawih
sambung balik packing makanan
pkul 11 lebih apabila semua dah siap packing makanan, and letak dalam keta Ciffi..(keta dia aka mcm store makanan.
pkul 11.30 lebih bertolak dari Serambi Dakwah, dan berhimpun di Padang Kota and diberikan sedikit taklimat dan objektif utama program ini.
ada 3 lokasi utama
1) Padang Kota/ Penang Road
2) Komtar
3) Masjid Kapitan
kami bergerak secara berkumpulan.
klu x silap ada 3 kumpulan
--kump. bermotor yg disertai kumpulan USM, uncle A..(lupa nama la pulak)..dan abang Jelani
--kump. abang amir..(yg disertai oleh saya and the geng)
--kump. abang Saiful + Ciffi
okey... ni serba sedikit kisah untuk saya kongsi cerita...

apabila sampai di Masjid Kapitan
"ya Allah" ramainya homeless.. kami semua pakat2 turun dan agihkan makanan dan cari orang homeless nih..
ni satu kisah yg saya mahu ceritakan..
saya ternampak satu kumpulan keluarga di kaki lima kedai.. dgn semangat yg ada saya terus ke kumpulan itu..
saya: dik.dik.. bangun. ni ada makanan sikit untuk wat sahur..
dik: trima kasih kak..
selepas beberapa minit saya pergi mencari insan malang yg len...saya berpatah balik ke adik tersebut dan bertanyakan khabar dan mendengar kisah mereka..
ibunya bercerita..
mak cik ni asal Bagan Ajam, duduk rumah kat Bagan Ajam.. mak cik ada anak 9 org.. paling tua 25 thun, pompuan... paling kecik darjah 2 (8 tahun) semua sekolah lagi.. yg 2 org dgn mak cik ni dok sek ag nih... (uik? diorg dok sini mak cik, mcm mn diorg g sek..) depa ni sek petang.. esok pagi diorg balik la.. balik dri sek diorg balik kat sini balik dgn mak cik...
(kadang2 terdetik juga.. anak mak cik nih pompuan.. tido tepi jalan nih bahaya mak cik..)..
ada juga yg ganggunya. selalunya "mat pit" atau pon org mabuk... mak cik nih dpt dah rumah PPRT, suami mak cik keja dgn feri jadik tukang tarik tali feri gaji 700 sebulan.. dgn kos hidup sekarang mana cukup, tambahan pula 7 lagi sek nih... makan hari2 lagi...
dulu mak cik minta juga la, bantuan zakat.. sampai ke la (sekarang..) x dapat pon... mak cik pon heran x layak lagi ka mak cik nih.. diorg minta surat ni surat nu... bantuan JKM 300 sebulan x ckup juga..
(banyak bungkusan baju2 ni mak cik...) baju2 nih ada org2 lalu sini diorg bagi la kat mak cik..dgn anak2 mak cik nih.. owh.. (umur mak cik berapa dah?..) umur mak cik 49 dah...
suami dengan anak2 yg len ada la kat rumah PPRT kat Bagan Ajam tuh... (mak cik x dok sekali dgn suami mak cik skrng nih?..) mak cik dok sekali dengan suami mak cik.. cuma hujung minggu baru mak cik balik..

kat sini saya nak tekankan...
walaupon "homeles" diorg tetapkan ilmu sebagai senjata diorg dalam teruskan lalui hidup dalam dunia yang kian menghimpit kalbu kesesakkan nafas di hujung nyawa..
sungguh hebat ILMU ini dipandangan mereka yg malang...
kita anak orang senang menganggap ILMU mcm mn pulak??
(bak kata anak org kaya, ala x belajar pon x pa, kitakan byk duit nnt kita belajar la..nnt kita tua2 nnt belajar la..)
kalu bab ilmu agama, org kita "erm rileks la, kitakan masih muda, dah tua nnt bru belajar bab2 agama...."

pelbagai persoalan timbul di sini..
1) ke manakah hasil kutipan zakat/bantuan diagihkan??..(bukan soalan kontroversi tapi untuk direnungkan kembali...)
2) sampai bilakah keadaan "ini: akan berlarutan..??..
3) bagaimana bergunanya ILMU kepada yg memerlukan..?
4) renungkan kembali, kepada yg ingin membantu bantulah secara ikhlas

sebenarnya jutaan persoalan bermain di medan fikiran, tapi apakan daya, cuma yg "termaktub" mampu diajukan..

harapan saya untuk akhir bicara, gunakanlah akal fikiran dan agama sebagai panduan dalam sesuatu, jangan gunakan akal fikiran juga tapi berlandaskan nafsu..maksudnya.. orang ni bersalah, dia ni lah x betul.. tapi ingat bagaimana pula dengan kita.." kita sudah bermulakah??"
bantuilah mereka dengan merapatkan ikatan ukhwah kita dengan mereka yg bernasib malang, bukannya bantui mereka dengan pelbagai provokasi, mainan "saidina", dll..

Insya-Allah jika ada lagi aktiviti yg diadakan saya akan kongsikan lagi dengan kalian..
cuma satu perkongsian tapi membawa kepada satu kesedaran...
renung2kan dan fikir2kanlah...

No comments:

Post a Comment