03 November 2011

Clerkship Week 1 (31/10-4/11/2011)

wahh... sudah lama lo ana tak jengok ana punya konti.. sudah berabuk dan berhaaaapak gamaknyer.. first of all, erm, nak start dari mana ek? hem... erm, ok. sekarang ana dah masuk final year dah.. (*ko ingat super senior sangat la, hohoho.. tidak2x..*).penggunaan kata nama diri terbaru ana sekarang adalah ANA... hehe.. bajet amik bahasa arab dah tere ar... (*level 100 jer pon*).. tarak pa.. orang tua-tua kata, kalau rajin buat latihan, cepat ingat... ANA yg membawa maksud "saya" sekarang jadi DIRI ana dalam konti ini. back to our main story la ek, tarikh keramat 31/10 ini merupakan tarikh keramat kepada ana, sebab minggu 1st clerkship dah kena ON CALL... wah, agak cuak la.


31/10/2011
semua Pharmacy Student kena orientasi kat HPP. pagi2 dah kena bangun awal, then kena berhimpun depan PRN (pusat racun negara) sebelum pukul 7 am...agak2x ar.. tapi apakan daya. untuk kebaikan bersama.. 6.45 am aku dgn roomate (yuyu) dah keluar dari bilik. kat HPP pulak slot orientasi mula pukul 9 am.

Slot 1 : Setor Intergrasi
Slot 2 : Pengurusan Farmasi
Slot 3 : TPN
Slot 4 : Drug Information Services
Slot 5 : Inpatient Pharmacy Services
Slot 6 : Oncology Pharmacy Services
Slot 7 : TDM

Semua ada 7 slot, hadoi sebaik ada makan2x waktu tghari tu, kalu x kompom abcgdfop dah.

Nak cerita pasal Drug Information Services, memang best giler.. untuk ukhti dan akhi seperjuangan, DIS memang best sangat2x... enjoy our time with them, grab all the information and their experience, if they are willing to share with u.. hehehe.. apa2 pon kita kena banyak BUKA MULUT la..

untuk DIS ni, session terbahagi kepada 2:
1) Drug Information Services
2) Poisoning Information

untuk sesi petang selepas Orientasi kat HPP, our group kena pegi kat PRN untuk menjalankan semua Modul yang ada dalam slot for DIS. masa ni preceptor for our group adalah Puan Adilah. antara modul yang ada adalah:

1) Modul A
Dalam modul ni our group kena tahu fungsi ahli farmasi terutamanya dalam SERVICES,
EDUCATION and RESEARCH.
2) Modul B
rupe2nyer, banyak sumber yang kita booleh cari untuk DIS nih.. dan banyak rujukan yang
kita perlu rujuk. kalu kes kita dapat racun serangga kena la rujuk racun serangga punya list. antara rujukan yang digunakan adalah:

1) MOH Formulary
2) Malaysian Prodcut List
3) IOWA Drug Information System/Online
4) PCM chart overdose
5) Micromedex
6) Registered Pesticides List in M'sia.
7) WHO Guidelines Snake Bites.
8) Relevant Books


padahal, ada byk ag modul yg ada tp yg ana rasa penting adalah modul A and B..



hari ke-2
masa hari SELASA (kat HPP), sepanjang hari dari pagi hingga ke petang kami kat sana, our group preceptor nama Cik Hasni, antara aktiviti dekat HPP:
1) Explaination tentang pengisian borang ADR based on Naranjo Scale. *penting rupenyer Naranjo Scale nih*.
2) Performa Function pulak cerita tentang macam mana addition/alteration
sesuatu ubat, bergantung kpd INDICATION, FORMULATION, and DOSAGE.



cerita pasal Naranjo Scale tu, ada satu soalan kena approve dgn JOURNAL kalau kita nak jawab, cara nak baca journal pon dia ajar, mcm mana nak tahu journal yg mana bias or unbias. selalunya, contoh journal yg bias akan ada satu ACKNOWLEDGEMENT yg mengatakan penerbitan journal ini di sponsor/support oleh mana2 company.


kat HPP waktu DIS, ada buat simulation on-call. part ni yang paling best. kita boleh tahu tahap berapa kelemahan kita, soft-skill dan juga pengetahuan kita.... jangan malu nak tanya ek.. kita dalam learning process..buat silap boleh dimaafkan lagi.. tp kalu kerap memang nak cap BODY_GLOVE gamaknya.
malam tu pulak kena on-call.. tgok2 lepas subuh MUMMY call..hehe..




hari ke-3
Untuk hari 3 pulak, our group kena pegi PRN, ... sini pon best jugak, ada simulation call untuk Poisoning pulak, macam2 ada , macam ana kena Snake Bite punya case... kenalah explore pasal2 ular nih.. wah, bangga jugak jadi pharmacist bhg PRN, semua benda kita boleh tahu.. bukan setakat seketul ubat yg berwarna-warni, dan pelbagai side effect.. dgn binatang juga kita mampu tahu tahap bisa dan juga jenis2 kumpulan ular,dan cara rawatannya..poisoning case selalunya guna evaluation SOAP form.
waktu pagi kat PRN, waktu petang pulak kami kena pegi SCOMM, dekat dgn HADANAH... wwah... kagum giler, tengok Prof.Rahmat punya projek.. beliau sangat hebat... pelbagai section disiplin yg terlibat dgn projek beliau... mainly, for education and information for our community.




hari ke-4
untuk hari 4, kena submit SOAP, prepare ADR report, ADR presentation slide.. and ada short test.. soalan dalam short test semua dah ada jawapan masa modul session, dalam entri ni dah ada.. hehe..

No comments:

Post a Comment